Sunday, June 8, 2008

Ekonomi Hari Ini

Assalamualaikum...
Pasaran dunia mula merundum sejak kejadian gempa bumi melanda China yang menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik pada bulan august yang lalu. Bagaimana pun kiranya kita masih ingat keadaan peristiwa yang serupa pernah melanda Jepun di KOBE. Hari ini Jepun sudah pun berkembang maju dengan perlaksanaan ekonomi yang terancang walaupun suatu ketika dahulu jepun pernah menghadapi kemusnahan teruk akibat serangan Atom dari Amerika.
*
Kini kita dapat melihat banyak syarikat-syarikat kewangan yang besar gulung tikar berikutan tekanan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada masa ini. Sehingga akhirnya mendesak mereka memperuntukkan kewangan sebanyak USD700 Billion bagi memulihkan masalah ekonomi yang melanda dunia.
*
Di Malaysia sendiri kita telah berdepan dengan tekanan harga minyak dunia yang mendadak sehingga mencecah USD125 per Barrel yg memaksa kerajaan tempatan menaikkan harga minyak ketahap tertinggi dalam sejarah Malaysia pada awal tahun hingga pertengahan tahun dan baru2 ini kerajaan mengambil langkah menurunkan harga minyak. Keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan pasaran semasa tempatan. Hakikatnya kita masih berdepan dengan masalah yang tidak ramai yang menyedari akibatnya iaitu kesan inflasi. Pelbagai insentif telah diambil untuk mengawal supaya kadar inflasi dapat diturunkan seminimum yang mungkin.
*
Tahukah anda kesan inflasi pada nilai wang anda? Bayangkan 10 tahun lalu anda memiliki RM100k, anda boleh guna wang itu untuk beli 4 buah rumah low cost. tetapi sekarang dengan RM100k anda hanya mampu memiliki 2 buah rumah low cost. Itulah kesan inflasi. Ia menjadikan nilai wang kita susut nilai. Bayangkan anda menyimpan duit dimana2 institusi kewangan yang menjanjikan pulangan sekitar 8% setahun, andaikan kadar inflasi ketika itu adalah 5%, sebenarnya anda hanya untung 3% setahun. Sebab itu anda juga harus tahu dimanakah tempat yang sepatutnya anda simpan atau laburkan duit anda.
*
Diharap agar kita dapat bersabar menantikan perubahan drastik yang akan diambil oleh setiap negara bagi memastikan keadaan ekonomi akan bertambah baik dimasa akan datang.